Monday, June 27, 2011

Tauhu Sumbat Cuka Palembang

Tauhu Sumbat Cuka Palembang
p/s: Kalau nak resepi terus tengok kat bawah tu.

Tauhu Sumbat adalah salah satu makanan kegemaran aku. Membuatnya senang, memakannya juga senang. Bersempena berbuka puasa dirumah Kak Pnut sabtu lepas, aku pon buat la Tauhu Sumbat versi aku. Versi Cuka Palembang. Kuahnya hitam. Pedas, manis, masam dan masin. Aku tak pasti rasanya sesedap mama buat. Tapi aku akan buat juga. Apa-apa masakan pon, aku hanya perlu try sekali jer. Then akan lekat dalam otak aku. :D. Kalau la masa aku belajar fizik and bio aku senang ingat macam nih.

Lepas terawikh Jumaat tu aku bawa Ani, Ida and sorang lagi yang aku lupa namanya bershopping di Alamanda. Nak beli bahan-bahan. Duit pon limited. Beli apa yang perlu aje. Lagipun perempuan yang aku lupa namanya tu tengah bersedih, hal orang bercinta. Biasa la. Beli sagat, timun, sengkuang, gulamerah dan udang kering. Ani sempat beli periuk belanga utk emaknya di kampung. Ida tak beli apa-apa. Budak yang aku lupa namanya tu beli macam-macam. Bantal, senduk, roti dan apa tah lagi. Aku tak ingat. Nama dia pon aku tak ingat. Apetah lagi barang-barang yang dia beli.

Aku beli penuang roti jala (Aku rasa macam ana nama khas utk benda ni. Tapi aku tak tau. Sapa tau sila bgtau aku k?) Comel jer berwarna oren. Kak pinut kata nak buat roti jala. Tapi masa aku sampai umah kak pinat. Tak jadi pon buat roti jala. Uhuks. Aku teringin siot. Berbalik kepada cerita aku. Tauhu yang aku tak takder di Careefour alamanda. Adeih. Buat tambah keje aku nak pi beli tauhu kat Pasar P8 esok.

Malam tu aku buat Kuah Cuka Palembang. Resepi aku letak kat bawah. Sila lah cuba. Pagi Sabtu aku dikejutkan oleh panggilan telefon daripada Kak Pnut. Aku lepak-lepak, mandi dan siap-siap nak keluar beli Tauhu. Harga tauhu sebiji di Pasar P8 adalah rm0.20 sebiji. Aku ingat mahal. Sebab dulu pernah dijual rm1 ringgit utk 7 biji tauhu. Rupa-rupanya kat kg aku lagi mahal. RM 1 utk 3 biji tauhu. Aku rasa better aku back on track daripada membincangkan soal harga tauhu dalan entry aku ini. Aku beli 20 biji tauhu leh dpt 40 tauhu sumbat. :D

Sampai sahaja dirumah aku memulakan operasi menggoreng tauhu. aku decide utk goreng 15 biji sahaja. Sebab aku dah malas. Buat stok kat rumah la ek? Aku bungkus2 barang-barang. Bawak kerumah kak pinat. Tolong apa yang patut. Siapkan tauhu sumbat aku. Najmi rajin nak tolong and koyakkan sebiji tauhu. Itu budak. Mmg la. Nasib baik hensem and sweet.

Ramai yang pelik. Tanya kat aku mana kuah tauhu sumbat. Uncle EP la. Aku lupa nak announce yang kuah tauhu sumbat adalah yang kaler hitam tu. Terima kasih kepada semua yang sudi merasa. Selain daripada Tauhu smbat tu. Takder apa dalam menu tu yang aku buat. Kuih lembik-lembik aka trifle Sal yang buat. Kari ikan, rendang ayam, kerabu taugeh + kerang + sotong = Kak Pinat yang buat. Habis Tauhu sumbat ku. Aku mkn 3 biji. Lalilalalialala.

Tauhu Sumbat

Tauhu (digoreng dan di belah melintang patah. Belah tengahnya supaya berpoket)

Sayur sumbat-sumbatan

Timun ( disagat )
Sengkuang ( disagat )

Cara-cara
1. Ambil tauhu yang dan sumbat laa. Takkan tu pon nak ajar kots.

Cuka Palembang versi Beliawanis Jawa Banting benci dadah dan rokok

200g gula merah
15 biji cili padi/cabai rawit ( tambah atau kurangkan ikut ketahanan lidah/perut anda)
4 biji bawang putih
asam jawa ( ikut sukatan mak aku sebesar ibu jari. Kalau ibu jari ko besar, kecikkan sket. Bancuh dengan air)
30g udang kering (di blender kering)
air
garam (ikut rasa)

Cara-cara
1. Masak gula merah dengan air.
2. Blender cili padi ngan bawang putih. Masukkan dalam air gula merah tu.
3. Masukkan asam jawa & garam
4. Last sekali masukkan udang kering
5. Rasa sampai sedap.

Tips:
1. Kuah ni boleh dimakan dengan 70 biji tauhu sumbat. Kalau buat lebih, boleh disimpan dalam peti sejuk utk next trip of Tauhu Sumbat.
2. Kalau nak goreng tauhu dengan lawanya. Tabur garam dalam minyak goreng tu supaya tauhu tak melekat sangat dalam kuali.
3. Kalau nak tauhu tu ada rasa, rendam tauhu dalam air garam sblm goreng.
4. Jangan tak sabar nak godek tauhu tu. Biarkan tauhu tu digoreng dalam 4-5 minit atas api yang panas sblm menggodeknya.
5. Tauge pon boleh digunakan sebagai bahan sumbat.
6. Timun dan sengkuang tu lebih baik di tapis dan di perah sket airnya supaya tauhu sumbat tak basi. Kalau tauhu sumbat anda sedap. Belom sempat basi dah habis dahh.. :P
7. Dengan kuah palembang ni. Anda boleh berlagak sket dengan memperkenalkan kuah tauhu sumbat anda yang lain daripada biasa. Say goodbye to cili cuka. Ahahahaha. Tak la. Aku tak berlagak pon masa berbuka puasa di rumah kak pinat. Aku tahu, tauhu sumbat aku sedap. Muahahaha.

Menggerak rasa

Blog ini datangnya daripada rasa kecewa. Dapat berita yang tak mungkin terubatkan. Cuma waktu sahaja yang akan mengubat hati ini.

Sekarang, aku ingin tumpukan segala tenaga negatif. Menjadikan satu hasil yang positif. Percubaan untuk menjadi wanita paling bahagia. Walaupun dapat tau yang lagi 3 hari dia akan jadi. Suri rumah sepenuh masa.

Yang perlu adalah modifikasi minda. Bukan?

Yang memasak itu aku.

Memasak itu jiwa.

Memasak itu pengubat duka.

Kadang-kadang ia jadi terapi minda.

Disaat dunia ni rasa tak berlaku adil.

Segalanya terubat bila melihat.

Yang tersayang menyantap masakan.

Hey!! cubalah!!

Prinsip aku, semua wanita boleh memasak. :)