Monday, November 28, 2011

Roast Chicken

Kadang-kadnag tekak ni terasa nak tukar selera. Kalau selalu sangat makan masakan melayu, dia akan kembali craving ke selera orang putih atau italian. Perasan sungguh kan? Ini adalah makanan yang bila rasa nak berspecial-special over the weekend. Roast Chicken.

Seperti biasa, saya suka nak butterfly the chicken. Al-maklumlah, tak ada panggang golek-golek ala Kenny Rogers tu kan. Untuk masakan yang lebih rata dan crispier skin. Saya akan buat begini.

Resepi adalah ikut apa yang ada. Sebab lumur-lumur sahaja. Yang ini saya pun freestyle aje.

3 ulas bawang putih (grated)
2 inci halia (grated)
1 sudu kecil dried rosemary
garam
lada hitam
3 sudu butter
2 sudu madu

1. Ayam basuh bersih dan butterfly.
2. Lumur garam, halia, lada hitam, rosemary dan bawang putih
3. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam. Tapi kalau nak zasss terus pun tak mengapa. Kalau dapat perap dalam peti sejuk overnight lagi mantop.
4. Selak kulit ayam dam masukkan butter dibawah kulit ayam di bahagian dada dan peha.Urut-urut bagi butter tu rata.
5. Masukkan dalam oven 180 C, selama 45-60 minit. Ikut berat ayam anda.
6. 15 minit sebelum siap, tuangkan madu dan ratakan di kulit ayam anda. Dan masukkan kedala oven semula. Ini utk memberikan efek kulit crispy dan raya yang manis caramel.
7. Rehatkan ayam anda selama 15-30 minit sebelum mula potong dan hidang.

Nota kaki:
1. Boleh terus bakar tanpa peram tapi rasa tu tak serap jadi daging yang tebal akan rasa ayam aje la. Tak serasi rasa perapnya.
2. Boleh terus potong kalau tak sabar. Tapi ini akan mengakibatkan juice dalam daging tu keluar. Jadi kalau potong tu banyak banyak keluar air, membuatkan ayam jadi soggy.

Selamat mencuba. :)



Saturday, November 26, 2011

Totally Chocholate Chocolate Chips Cookies

Teruja membaca status twitter seorang rakan yang sudah mencuba resepi ini. Jadi, cubalah kan? Tak salah. Diselangi dengan tangis Nazim. Ku gagahi juga.
p
Resepi dari sini: http://www.nigella.com/recipes/view/totally-chocolate-chocolate-chip-cookies-29

Buat dua batch terus. Jadi ada dapat 24 keping cookies starbuck size. Pastikan ada bekas yang boleh muat ya? Cari yang muncung besar. :)

Dapat hantar kekampung dalam 6 keping. Dan bawa ke majlis potluck kawan 5 keping. Terpaksa lah makan share-share kan? Dan 5 keping lagi ada yang berkenan nak beli. Rezeki dia lah. :) Berbaloi lah tangisan Nazim tu. Masuk keluarkan cookies sambil berdukungkan Nazim. Aduhai lah.

Tuesday, November 1, 2011

Donut

Selepas bersalin anak kedua ni aku rasa tekak aku menjadi peminat benda-bende manis. Terasa macam kembali ke umur 17 tahun dimana aku boleh makan satu bar besar chocolate.
Iqbal pula suka sangat makan donut. Jadi, untuk mengelakkan setiap hari kena beli donut. Aku pun buat la donut. Banyak resepi yang mudah-mudah diluar sana. Tapi aku terpanggil untuk menggunakan resepi dari blog ni http://westernfood.yolasite.com/index/resepi-donut-tradisional. Tapi aku separuhkan resepi ni. Sapa nak makan sekilo donut? :P
Resepi ni aku dah separuhkan. Dapat 16 biji donut saiz besar.
4 cawan tepung gandum
1 peket yis segera
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1 cawan + 3 sudu air (suhu bilik)
1/2 cawan gula halus / gula caster
Cara-cara:
1. Bancuh susu tepung, air, garam dan gula. (Bahan A)
2. Dibekas berlainan, ayak tepung, dan gaul rata dengan yis segera. Pastikan yis dan tepung betul2 rata.
3. Tuang minyak kedalam adunan tepung. Gaulkan rata supaya tidak berketul-ketul. Lagi halus lagi bagus.
4. Masukkan Bahan A kedalam adunan tepung. Adun dengan hujung jari dan kemudian uli.
5. Biarkan adunan tepung 15-20 minit untuk mengembang.
6. Uli dalam 2-3 minit hingga tiada adunan yang melekat di mangkuk adunan.
7. Bahagikan adunan kepada 16 bahagian ataupun ikut suka.
8. Bentukkan menjadi bebola dan lubangkan ditengah. Guna jari atau tutup botol mineral.
9. Letak dalam dulang dan tutup selama 1/2 jam - 1 jam. (Aku buat 1/2 jam aje).
10. Sedia untuk digoreng dengan minyak yang panas tapi api yang perlahan.
11. Gaul dengan gula atau topping/glaze kegemaran.