Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Garlic chicken linguini

Bila rasa malas nak masak three course meal, jalan paling mudah adalah buat one meal sahaja. Jika tekak terasa melayu, buat lah mee goreng, mihun goreng, kuewtiow goreng atau nasi goreng.

Dan bila nasi tak ada, aku sentiasa ada pasta dalam kabinet. It will be my saviour. dengan bahan yang limited. Aku masak resepi dibawah ni. Jangan sangka masak pasta ni susah. Lebih kurang masak mihun goreng aje. ;)

Resepi garlic chicken linguini.



Bahan-bahan:
1 cawan hirisan ayam (ptg dadu)
6 ulas bawang putih (chopped)
7 btg buncis (potong serong)
Dried parsley
Dried oregano
Garam
Lada sulah

300 gm Pasta: linguini, spaghetti apa sahajalah ikut suka.

Cara-cara:
1. Masak pasta.
2. Tumis bwg putih. Masukkan ayam. Bila dah ala-ala putih ayam tu. Masukkan buncis. Sekejap aje. Tak nak buncis jadi lembik.
3. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Masukkan pasta. Gaul rata.
5. Taburkan dried oregano dan dried parsley. Ratio 1:2.
6. Ok settle. Hidang atas pinggan cantik. Amik gambar dan post dalam status facebook.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Roast chicken & buttered rice

This is my recipe cincai style.

I would like to utilize my oven, and eager to roast a whole chicken in it. But later on, have a change of mind and flatten or butterfly my whole chicken to roast it evenly.



Roast chicken

1 whole chicken (1.2kg) flatten ( buy whole chicken and try google on how to butterfly your chicken or flatten your chicken)

A:
1 tbsp garlic powder
1tbsp paprika
Juice of 1/2 lemon
Salt to taste
Butter

B:
1tbsp honey + 2 tbsp oil + 1tbsp water + some black pepper (combine to make a glaze)

1. Clean and pat dry the chicken with kitchen towel.
2. Rub A to the whole chicken. Try to slide in underneath skin.
3. Marinate for 15 minutes or more
4. Roast in oven @ 170 for 30 mins. ( time differ between oven. Mine, 13 mins for every 450 gm of chicken)
5. 10 mins before done, put the glaze on the skin. Let the skin caramelized.

Buttered rice
1pot rice
1 1/4 pot water

1inch ginger (grated)
1/2 cube chicken stock
25gm butter (roughly)
2 pandan leaves
Salt to taste
A pinch tumeric for color

1. Wash rice .
2. Combine everything in pot. Cook as per usual.

Chicken Cordon Bleu

Masa mahu lunch di Resepi Rahsia bersama Fadzli, berbolak balik untuk memilih menu. Fadzli pilih Chicken Cordon Bleu dan aku pilih Macaroni apetah. Aku kata pada Fadzli, aku kalau nak makan western, aku akan makan makanan yang aku rasa aku malas nak imitate. Itu sebab aku tak pilih Chicken Cordon Bleu sebab aku rasa bahannya murah dan senang nak buat. Apetah lagi Spaghetti Bolognaise. Biasanya tak sedap seperti buat sendiri. Macam tak berbaloi aje belas-belas ringgit untuk makanan yang tak sedap.

So, sempena itu, di persilakan. Chicken Cordon Bleu, SR imitation style sendiri.

Yelah, aku mmg kemaruk guna oven aku. Dan nak test aku nyer grill pan. Mula-mula grill dalam pan, then sambung dengan oven.



Bahan

2 ketul ayam bahagian dada tanpa tulang tengah.

Coating:
1 biji telur
3 sudu tepung
1 cawan italian bread crumb*

Inti:
2 keping Chicken bacon
4 sudu grated cheese

Salt & Pepper to taste
6 tooth pick


Cara-cara:

1. Sediakan ayam, ayam dilapikkan diantara dua cling film dan ketul sampai rata. Ayam yang saya gunakan sangat gemuk, saya potong tengah tapi tidak putus dan kembangkan. Kemudian ketuk, saya gunakan bontot cawan aje. Lepas siap, season dengan salt and pepper just to taste.

2. Letak tepung, telur yang dipukul dan bread crumb pada 3 mangkuk berasing. Ayam yang sudah diketuk, celup pada tepung rata, celup pada telur dan akhir sekali pada bread crumb rata didepan dan belakang. Kalau ada dua ketul, sila buat satu persatu. Basuh tangan dan keringkan disetiap proses supaya senang untuk di kerjakan.

3. Kepingan ayam pertama, letak Chicken bakon diatasnya dan letak cheese. Kemudian gulung Ayam dan kemaskan dengan tooth pick.

4. Boleh terus bakar dalam oven, 180 celcius selama 25 minit. Rehatkan 5 minit sebelum dihidang. (Jangan lupa buang toothpick tu sebelum hidang)

Notes: *Kalau kat Giant jangan haraplah ada italian bread crumb. So, boleh gunakan apa-apa jenis bread crumb ataupun cornflakes. Untuk jadikan dia italian bread crumb, campur dengan sedikit garlic powder dan satu sudu kecil italian herb atau apa-apa herba iatalian yang ada (pizza seasoning, italian mixed her, parley, basil or anything). Ataupun just plain bread crumb.