Tuesday, April 10, 2012

Resepi vanilla cupcake

Pencarian resepi adalah sebuah perjudian. Sekarang kalau nak resepi apa, senang aje. Google it. Lambakan resepi di internet buat kerja tu bertambah sukar. Persoalannya, yang mana satu stress free and fool proof recipe. Sedap ke tak? Mengikut selera kita ke?

Bila kita dah dapat. We will swear on it. And happily share the recipe with others.

Ini adalah resepi vanilla cupcakes yang aku rasa terbaik setakat ini. Soooo easy. Soooo simple and damn good.

Bagi penggemar cupcake selain daripada chocolate. Inilah resepi untuk anda.

Resepi daripada: http://www.wechooseorganic.com/2011/09/12/wonderful-tasty-and-rich-vanilla-cupcakes-you-dont-want-to-miss/



For the Vanilla Cupcakes:

Bahan A:
1 1/4 cawan tepung
1 1/4 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon garam

Bahan B:
2 biji telur
3/4 cawan gula

Bahan C:
1 1/2 teaspoons vanilla extract
1/2 cawan canola oil (atau sunflower oil)

Bahan D:
1/2 cawan susu
1/2 teaspoon lemon juice

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180 darjah celcius. Dan sediakan cawan cupcake anda diatas dulang

2. Ayak Bahan A dan letak didalam mangkuk lain asingkan.

3. Gabungkan susu dan jus lemon didalam bekas lain dan biarkan selama 3-5 minit. Ini adalah proses membuat buttermilk.

4. Pukul Bahan B untuk 2-3 minit dalam mangkuk yang paling besar kerana semua bahan akan berada di sini.

5. Masukkan Bahan C kedalam adunan diatas.

6. Masukkan separuh tepung dan separuh Bahan D didalam adunan sehingga sebati. Kemudian masukkan separuh lagi. Ulang adunan sehingga sebati. Jangan lupa scrape bahagian dinding mangkuk juga.

7. Tuang adunan kedalam liner cupcake 2/3 penuh dan bakar 12-15 minit. Jangan risau adunan ni mmg cair daripada adunan kek biasa. Gunakan toothpick dan cucuk ditengah kek. Jika toothpick keluar dengan bersih tanpa ada lekatan adunan. Cupcake anda suda siap.

8. Biarkan cupcake menyejuk diatas dulang untuk beberapa minit sebelum keluarkan dan menyejuk diatas wire rack.

9. Bila sudah betul-betul sejuk, boleh lah letak frosting kegemaran anda. Saya suka creamcheese frosting. :)

Saturday, February 18, 2012

Tips menggoreng tauhu

Tauhu kalau kena gayanya, memang sedap dimakan. Apetah lagi kalau ada kuah pecal. Tapi untuk menggorengnya dengan sempurna, belum tentu lagi kan? Selalunya tauhu jadi cacat dan pecah dalam kuali yang penuh minyak. Sedihnya.

Ini adalah tip daripada mama, sebelum menggoreng tauhu, taburkan secubit garam halus didalam minyak. Kemudisn pastikan minyak panas dan letakkan tauhu perlahan-lahan. InsyaAllah tauhu tak melekat di kuali dan pecah.

Selamat mencuba yach!


- Posted using BlogPress from my iPhone