Wednesday, December 31, 2014

Roti telur aka French Toast ala Malaysia

Entri penutup 2014.

Kita ucapkan selamat datang pada 2015 dengan roti telur ya?

Ini bukan roti telur mamak ya? Ini roti yang dicelup telur dan di masak didalam minyak yang sedikit. Adalah sarapan yang diajar oleh mak saya. All time favourite. Resepinya amat mudah. Semudah telur dadar. :)

Bahan-bahan:

Sebuku roti gardenia pendek. Ada yang suka belah melintang atau serong supaya jadi segitiga.
4-5 biji telur
garam secukup rasa
lada hitam - jika mahu
serbuk bawang putih - jika mahu
serbuk cili - jika mahu
apa-apa bahan perasa yang anda gemari, jika ada dalam stok pantri anda

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dan masukkan didalam mangkuk. Masukkan semua bahan perasa
  2. Panaskan kuali, letakk setengah sudu minyak. Jika tidak mahu menggunakan minyak lebih bagus. Saya suka roti telur saya sedikit garing.
  3. Celup kedua-dua belah roti dengan cepat. Jika terlalu lama roti akan menyerap terlalu banyak telur dan jadi lembik.
  4. Terus letak dalam kuali. Masak sehingga kedua-dua bahagian sedikit garing. :) love!

Monday, December 29, 2014

Karipap

Kerana saya berada di Kuantan sekarang ini. Malam-malam tiada aktiviti sangat. Jadi ada masa untuk menaip resepi ini. Hujan sudah dua hari tak berhenti-henti. My heart goes to all the flood victim whereever they are. Doa saya rumah Mak Mertua saya tidak di naiki air. Ameen.


Karipap adalah antara makanan kegemaran saya. Resepi sesuka hati saya adalah seperti dibawah:








Inti Karipap

4 biji kentang yang besar ( lebih besar daripada penumbuk anda) - potong dadu dan rendam dalam air
2 ulas bawang merah ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( ketuk dan dadu kecil)
4 sudu minyak masak
2 sudu serbuk kari
1/2 cawan air
garam secukup rasa


Diatas adalah basic inti. Kalau anda mahu ada rencah dengan daging cincang, ayam atau ikan bilis  atau sardin pun boleh

daging - 150gm daging cincang
ayam - 150 gm ayam cincang atau potong kecil
ikan bilis - segenggang ikan bilis di tumbuk atau blender kasar ( guna blender kering )
sardin - sardin tin besar , buang kuah sardin dan lenyekkan untuk hancurkan ikan
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan serbuk kari. Tumis rata, kemudian masukkan air sedikit.
  3. Untuk perencah daging, ayam dan ikan bilis. Masukkan sekarang.
  4. Kemudian masukkan kentang yang sudah didadu. Gaul rata.
  5. Masukkan air ( untuk perasa sardin, jangan habiskan air. letak separuh sahaja), garam dalam satu sudu teh. SIla rasa kuahnya, ia sepatutnya rasa masin lebih. Kalau tak akan jadi tawar.
  6. Untuk inti sardin, masukkan sekarang. Kalau nak gunakan kuah sardin, sila tuang kuah sardin. Kalau tak nak, guna air.
  7. Air untuk empukkan kentang. Air kalau terlebih akan buat kentang jadi mushy (lembik). 
  8. Tutup kuali supaya kentang cepat empuk dan sesekali, buka dan kacau untuk mengelakkan hangus.
  9. Kalau kentang sudah empuk, kacau sampai adunan kering dan terbit minyak.
  10. Kalau kentang masih belum empuk Tuang air sedikit dan teruskan masak sampai kentang empuk dan terbit minyak.
  11. Alihkan inti dalam loyang supaya cepat sejuk. Saya akan sendal loyang supaya tinggi disatu bahagian dan minyak turun.
Kulit Karipap

750 g tepung
1 1/2 tsp garam 
150 g butter atau mentega ( cairkan ) atau minyak panas
1 1/2 cawan air - atau lebih
  1. Masukkan tepung dan garam didalam mangkuk besar
  2. Butter/Mentega/Minyak panas tuang dalam tepung dan kacau guna garfu supaya rata. Bila agak rata, baru guna tangan untuk uli.
  3. Tuang air sedikit-sedikit hingga adunan tak lagi bertepung dan tak melekit. 
  4. Bulat-bulatkan dan gelek untuk menjadi kulit karipap.
Frequently Asked Question:

  1. Kenapa Karipap saya menggerutu? 

  2. Jawapan: Untuk menggoreng karipap, kita hendaklah menggunakan api yang sederhana. Bersabar untuk mendapatkan karipap kulit licin. Masukkan karipap anda didalam kuali, tunggu 20 saat, kemudian ratakan minyak kebadan karipap. Golek-golekkan karipap supaya ianya kuning keemaskan dengan rata. :)




Saturday, November 15, 2014

Macam mana nak dapatkan resepi basic pasta tomato yang sedap dan terbukti.

Sebagai mak-mak dan isteri zaman sekarang, suami dan anak-anak memang sudah berubah selera kan? Masakan western seperti pasta pun dah jadi makanan ruji dan pilihan.
Bila membeli belah di Tesco and such, rasa kesian bila orang bayar mahal untuk sebotol kuah tomato yang puas makan untuk dua orang sahaja.
Kemudian beria-ia cari resepi di internet, tak tau mana satu nak pilih?
Bila dah pilih, dan cuba, rasanya pula tak sedap? Alahailah, anak dan suami reject tak nak makan.
Berpenat lelah didapur, rasa nak menangis bila jadi yang sedemikian.
Nasihat aku, jangan putus asa. Segala hardwork nak cari dan test resepi tu aku dah buat. Macam-macam resepi dah cuba.
Aku bagi jalan mudah. Kalau nak tau resepi kuah pasta tomato yang basic, sedap dan terbukti. Tinggalkanlah nama dan email dalam form dibawah. Nanti akan aku akan emailkan.

Untuk jadikan usaha aku ni berbaloi. Ajak orang lain untuk cukupkan 40 orang dalam list special ni. Dalam masa seminggu tawaran ni akan ditutup. Jika nak, sila daftar sekarang. 


Friday, October 17, 2014

Macam mana nak selamat adunan kek anda bila Oven anda rosak ketika batter dah siap dalam loyang.

Pada hari itu kau rasa nak bake something. Bila kau dah siap-siapkan barang. Timbang semua tepung, gula butter dan segalanya. Kau dah turn on oven pada temperature yang dinyatakan dalam resepi. Kemudian bila semuanya dah di bancuh. Kau masukkan dalam loyang dan sedia untuk dimasukkan dalam oven.

Bila kau buka aje oven. Damn!! Oven tak panas. Penat kau godeh. Nak godeh apa? Kita bukannya expert nak baiki oven. Oven kau tak panas!!!! Maksudnya tak boleh nak teruskan niat membakar kek. 

Kecik aje ko tengok adunan kek dalam loyang tu.  Apa kau nak buat seterusnya? Dalam hati juga tertanya, adakah ini kifarah daripada dosa-dosa silam?

Bila sudah dapat berfikir dengan tenang. Usaha jangan putus. Kita tanya pak google, banyak tips untuk froze cupcake batter. Tapi kau ada cake batter dalam loyang 9". 

Kalau tak ada backup oven, siapa ada 2 oven dalam rumah?? pembuat kek tegar la. Kau social baker. Ada oven pun dah besar rahmat, bukan?

Ianya benar-benar berlaku pada aku. Dah la latenight baker, takkan nak redah oven jiran malam-malam buta. Macam orang tak ada adab pula. 

Jika ia berlaku pada anda, sila baca sampai habis. Supaya lebih bersedia bila situasi diatas berlaku.

------------------

Bila dah rasa macam putus asa, aku teringat pula yang aku ada Magic Pan yang diwar-warkan tu. 

1. Magic Pan - Masukkan loyang anda dalam magic pan, dan tutup. Api sederhana. Kalau tak muat, Masukkan dalam magic pan terus. Bakar atas api kecil. Dan berdoa ianya tak hangit.










2. Dutch Oven - Jika anda ada periuk tebal, this is Le Crueset Type of periuk. Aku ada Korean ceramic pot. Saiz besar, jadi mmg muat kalau loyang 8". Kalau loyang muat nak masuk dalam dutch oven anda ( Ferrr!!! ), masukkan dalam anggap dianya seperti oven anda cuma diatas api. Dan berdoa, ianya menjadi. Ahahahaha














3. Periuk Nasi yang boleh bake cake. Aku rasa sekarang ramai juga yang ada periuk nasi yang ada fungsi bake.

Tapi ingin di ingatkan, bila bake dalam keadaan ni. Kek anda tiada top crust. Tak menarik langsung.

Dalam keadaan

       a. Loyang tak muat dalam alternaltif diatas,
       b. Anda tiada magic Pan atau dutch oven. Cuba juga seperti dibawah.

4. Adunan kek tu di cedok keluar dan masukkan dalam bekas cupcake, dan bekukan. Sila bakar semula bila oven anda ada. 


Selamat, menyelamatkan adunan kek!!! Bukan nak kata apa, bahan kek bukannya murah. Takkan nak membazir pula. Harap anda jumpa jawapan dalam posting ni. 

Owh, my oven!!! :(

Thursday, October 16, 2014

Macam mana nak masak nasi himpit segera menggunakan pressure cooker

Ini adalah diambil daripada http://www.cikpuandaun.com/2011/05/nasi-impit-menggunakan-pressure-cooker.html



Since nak compile segala macam resepi daripada blog ni. :)



-----------------------------------------------------------------------------



Peti
sejuk aku semak sangat. Aku nak kena kosongkan sedikit. Banyak sampah
aje. Aku nampak satu tupperware besar yang aku sangkakan bolognaise base
sauce. Rupa-rupanya kuah kacang.



Macam-mana nak get
rid of this? Tentunya makan la kan? Jadi aku nak rebus nasi impit. Dalam
gobok ada nasi impit mini segera. Masaalahnya aku takde 60 minit atau
90 minit seperti recommended pada paket.



Jeng je jeng!! Tapi aku ada pressure cooker. Ni adalah cara- cara masak nasi impit segera menggunakan pressure cooker.



1. Isi pressure cooker dengan air. Dalam separuh atau pastikan semua nasi impit tenggelam.



2. Masukkan nasi impit.



3. Pasang api.



4.
Tutup tudung pressure cooker. Dan biarkan sehingga wap keluar daripada
corong wap. Ini menunjukkan tekanan dah dicapai. Boleh perlahankan api
pada sederhana.



5. Mulakan timer 15 minit.



6.
Selepas 15 minit, tutup api. Dan lepaskan tekanan. ( cara penggunaan
adalah berbeza. Aku guna tefal clipso pressure cooker 8 liter)



7. Toskan nasi impit dan sejukkan selama 60 minit atau lebih.



Sekian. :)









Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 14, 2014

Tomato Cream Meatballs Spaghetti

Lama sudah tak masak di rumah. Ada withdrawal syndrom pada homecooked meals. hari ini aku pull sket my malas string, so intead of makan di luar, aku masak lah.

Dapur ada limited barang. Tapi teringat meatballs readymade yang si penjual kata digunakan di pizza hut. Sedap!!

Yang perlu di buat adalah sauce untuk pasta. Basically, pasta adalah bende yang mudah untuk di manipulasi. Antara goreng, bakar dan buat kuah untuknya. Dan nampak hebat kot. :)

Bayangkan, masakan yang mudah dan sedap dimakan. Anak-anak memang suka lah. Ok ok. enough of my bebeling on pasta. Resepi adalah seperti dibawah.





Sos Tomato Cream.

2  biji Bawang Merah - dadu
3 ulas  bawang putih  - ketuk and roughly chop

1 tin Whole Tomato
3 biji tomato fresh - di blender

1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan cheddar cheese ( atau sliced kraft - dalam 2 -3)
15 biji meatballs

2 sudu gula
1 sudu teh garam
1 kiub beef stock

sedikit oregano kering
sedikit basil kering


Cara-cara
1. Bawang merah dan bawang putih di tumis sampai naik bau.
2. Masukkan whole tomato dan fresh tomato yang sudah di blender. Bila dah hilang bau mentah tomato, Masukkan whipping cream, cheese dan meatballs.
3. Rasanya masam sedikit, letak gula garam dan beef stock. Tambah hingga secukup rasa. Ianya tak sepatutnya rasa masam sangat. Kena balance garam dan gula.
4. Masukkan Oregano dan Basil kering, kalau ada yang fresh lebih bagus. Tak ada pun tak apa. :)
5. Siap dah hidang dengan pasta kegemaran. Saya suka linguini atau fettucini.






Sunday, August 10, 2014

Carrot cake squares eps. 1

Resepi carrot cake, can bake on the 2 x 9.5 inch square shallow pan. 170 for 22-27 minutes.

Then i plan to  spread evenly layer of creamcheese frosting. Yet to decide nak double layered ke dak.

Saturday, June 28, 2014

Hidangan bergoreng ringkas untuk insan berjiwa besar.

Semua orang sukakan makanan yang mudah lebih-lebih lagi bila lapar dan malas.

My old time favourite adalah:



  1. Telur dadar
  2. Bawang goreng
  3. Cili kering goreng. dan
  4. Ikan bilis goreng + cili padi kampung

Ia bole dimasak dalam satu kuali sahaja. Jadi tak perlu membasuh banyak periuk belanga. Tapi kena buat ikut turutan yang betul.

Alatan yang di perlukan:
  1. Kuali leper atau kuali kecil
  2. Sudip

Bahan- Bahan:

Telur dadar:
  1. 2 biji telur
  2. Garam secukup rasa

Bawang Goreng:
  1. 1 biji bawang besar ( di mayang kasar)

Cili Kering Goreng
  1. 4 batang cili kering ( di basuh)

Bilis Goreng
  1. Segenggam ikan bilis yang sudah di kupas
  2. 4-6 biji cii padi kampung

Cara- cara:

Mengikut turutan. Pertama sekali telur dadar goreng.

  1. Pecahkan telur didalam bekas, Masukkan secubit garang. Pukul sehingga kuning dan putih telur bercampur. Masukkan sedikit minyak didalam kuali, bila minyak sudah panas, masukkan telur. Terbalikkan supaya telur masak dikedua-dua belah. Angkat.
  1. Tuang minyak dalam 2 sudu, bila panas masukkan cili kering, kacau sebentar. dan Angkat.
  1. Tambah minyak jika perlu. Bila minyak panas, masukkan bawang dan goreng sehingga layu. Sesetengah orang suka bawang caramelized atau garing sedikit. Angkat.
  1. Akhir sekali, tambahkan minyak. 5 sudu untuk menggoreng ikan bilis. Basuh ikan bilis. toskan sempurna. Jika ikan bilis terlalu basah, ia menambahkan risiko minyak meletup-letup. Api sederhana, bila minyak panas, masukkan ikan bilis. kacau supaya ikan bilis masak dan garing secara rata. Bila sudah kelihatan berwarna keemasan. Masukkan cili padi beberapa saat.  Angkat.
Hidangkan bersama nasi panas. Dan tuang kicap ikut keperluan anda. Saya suka banyak-banyak. :)

Saturday, May 31, 2014

"How to Debone a Chicken in 18seconds?" - Mengasingkan tulang-temulang ayam.

Chinese chef memang ada cool tips and trick. Selalu kagum dengan kepantasan mereka. Martin Yan adalah antara yang tersohor.



Tapi kadang-kadang dia banyak sangat bercakap. Kalau mahu tengok terus pada skill deboning chicken Martin Yan, Sila pergi ke minit ke 4.42.



 


Saturday, May 10, 2014

Panduan membeli periuk. Point nombor 3 akan membakar minda anda.



























Sukar untuk membuat pilihan periuk mana yang mahu dibeli? Sebenarnya kalau ditanya pendapat peribadi saya, ini adalah ciri-ciri yang saya pertimbangkan dalam pemilihan alatan dapur:





1.    
Rupa

Saya akan lihat dari segi visual, adalah ia mempunya warna yang cantik, dan bentuk
yang menarik. Jadi jika periuk cantik, ia juga sesuai untuk di hidang diatas
meja.





2.    
Fungsi

Apa yang mahu dibuat dengan periuk itu, nak masak kuah tumis atau kuah rebus?
Saiz keluarga. Kekerapan penggunaan. Penerangan lebih lanjut pada point dibawah





3.    
Heat distribution

Ini adalah ‘make or break’ point bagi saya. Jika periuk yang saya beli itu tak
mempunyai ‘heat distribution’ yang bagus. Segalanya adalah sia-sia. Maksud heat
distribution disini, apabila kita panaskan periuk, kepanasan periuk tidak akan tertumpu
pada tempat dimana ada api sahaja. Pernahkan anda sedang menumis cili atau
bawang dengan api kecil, bahan yang berada di tengah hangus, sedangkan bahan di bagaian tepi relaks aje tak apa-apa. Maknanya periuk
anda mempunya heat distribution yang lemah. Biasanya pada periuk yang nipis.





4.    
Saiz

Bergantung pada saiz keluarga anda. Adakah periuk itu mempunya saiz yang anda
mahukan. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil untuk penggunaan harian
atau berkala anda.





5.    
Ada penutup atau tidak

Senang lepas masak boleh tutup, knowing Malaysia yang pantang terbiar lalat pun
sibuk nak singgah.





6.    
Non stick atau tidak

Tak berapa penting pada saya, biasanya yang non stick require some sort of
coating, jadi penjagaan pun kena lebih. Maksud, kena guna plastic utensil dan
tak boleh sental guna sponge besi.





7.    
Jenama

Not that important. Jenama akan mempengaruhi harga. Biasanya yang berjenama
akan menghasilkan product yang berkualiti menepati kriteria diatas.





8.    
Harga

Kalau mahal tapi memenuhi ciri-ciri diatas, boleh di pertimbangkan. Depends on
budget dan kemampuan bak kata Mawar.