Sunday, August 27, 2017

Agar-agar longan kering dan cincau

Harini resepi agar-agar bersifat oriental sedikit. Isi rumah ni memang suka dengan air longan dan lohongko. Memang sedap. Jadi kali ni, cuba buat agar-agar longan pula. Lohongko tak ada dalam pantri, jadi cukup lah dengan longan kering sahaja. 

Agar-agar tali 10g
Air 1.3ltr
Gula batu 1/4cup
Gula pasir 1/2 cup
Longan kering 1 genggam
Cincau 1/2 batang


  1. Rendam agar-agar tali sekurang-kurangnya setengah jam. Harini terlupa pula pasal agar-agar tu. Semalaman terendam. 
  2. Masukkan air dalam periuk, panaskan ari kemudian masukkan longan kering dan gula batu.Sehingga longan kembang dan gula batu cair.
  3. Masukkan agar-agar tali. Masa ni rasa bagus bila agar-agar direndam lama, dia cepat cair. Masukkan gula.
  4. Cincang cincau ala-ala dadu. Masukkan dalam loyang agar-agar.
  5. Tuang adunan periuk dalam loyang agar-agar.
  6. Cuba pastikan longan sekata dibawah dan cincau juga sekata. Bila adunan sudah kurang panas, masukkan dalam peti sejuk. 

Friday, April 21, 2017

Cucur Udang Rangup

Cucur Udang Rangup Tebaboom




500gm udang kertas (buang kepala)
2 cawan tepung
1 biji putih telur
1 tsp cuka
1 1/2 tsp secukup rasa
1/2 tsp garam
1-2 biji bawang holland (hiris menegak)
sedikit kunyit untuk warna
air utk bancuh. agak-agak aje kasi tepung melekatkan segala isi bahan.
 Sayur-sayuran. tahap ni sesuka hati. Kalau tak nak sayur lain pun ok. Saya letak kobis hiris halus supaya budak-budak tak perasan.

Cadangan Sayur:
Taugeh - letak segenggam atau lebih
carrot sagat
Daun kucai 
Kobis atau apa-apa yang sesuai la. Kita yang buat dia. :)


  1. Campur semua bahan. Tuang sesenduk dalam minyak panas. kemudian penyet-penyetkan kasi dia leper.
  2. Angkat, toskan minyak. dan gunting-gunting ala-ala jual kat gerai tepi jalan. Ferrr.
  3. Kalau makan dengan kuah kacang lagi mantap. Tapi saya malas. sos cili je pun dah tebaboom. Rangup bak ang.
  4. Simpan lebihan adunan dalam peti. Pagi esok letak air sikit sebab dalam peti dia kering sikit kan, godeh semula dan ulang goreng. Still rangup tebaboom. 


Selamat Mencuba.