Wednesday, June 24, 2015

Roti jala dan kuah kari ayam

Roti Jala

2 3/4 cup air
3 cup tepung gandum
2 telur
1/2 tsp garam
2 titis perwarna kuning

Bahan-bahan diatas di blender sebati.

Tuang didalam tube seperti gambar dibawah. Ada juga yang guna botol mineral. Tapi saya sukakan gajet dapur. Murah aje beli di kedai rm2. Ada 3 corong. Tapi yang 5 corong ni memang lebih cantik dan natural macam acuan roti jala tradisional. Jalaannya lebih natural.







Ada video tapi tak dapat nak upload sebab tak ada wifi sekarang ni.

Tapi kat bawah ni adalah hasil jalaan.















Tuesday, June 23, 2015

Anak pokok kari

Anak pokok kari yang nenek bagi 5 minggu lepas dah alih ke tanah. Park dalam polibag dulu. Tengok menjadi ke tidak.

Mula-mula macam tak nak hidup. Layu semacam. Daun-daun gugur. Tetap siram macam biasa. Tapi hati berbunga-bunga bila nampak keluar pucuk baru. Yay!!!!!

Kemudian fikir nak letak mana pula. Letak kat setiap tiang pagar. Supaya tak kacau masa nak sidai kain. Tak tau la buah fikiran ini bagus atau tidak. Tapi what done is done.

Dah selamat. Lepas 5 hari alih ke tanah, tengok pucuk baru mendadak naik. Alhamdulillah. Kita tengok la macam mana ye.

Gas habis


Tengah-tengah nak masak lauk tambahan berbuka puasa, tiba-tiba api dapur padam.

Ayam belum habis goreng. Dah pukul 6.45pm. Anuar pergi ambil Iqbal dan beli lauk berbuka.

Alhamdulillah makan lauk berbuka beli dari pasar ramadhan. Nasi sahaja yang masak di rumah.

Lepas terawikh. Nuar bawa balik gas baru. Tak tau la bertahan sampai bila. Tak pernah dapat agak bila gas nak habis. Failed sangat.

Entry ni untuk personal note. Yang pada hari ini. Gas dapur penuh.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan Kareem




Lamanya tak mengadap blog. Setiap kali pun berjanji tak akan abaikan blog ni. Revive-kan semula blog ni. Tapi sekian kali itulah mungkiri janji.

Sampai lah ke Ramadhan yang ke 1436. Alhamdullillah di panjangkan usia dapat menemui ramadhan yang ke sekian kalinya.

Kali ini sambut ramadhan di rumah sendiri. Lokasi somewhere in Jalan Kebun. Syukur sangat. Iqbal pun sudah masuk 6 tahun. Dia nak belajar-belajar puasa. Jadi 1st ramadhan ni, ajak Iqbal sekali bersahur. Nazim pun sibuk nak join tapi memang ikut-ikut ayam sahaja.

Jadi sempena ramadhan kali ini. Saya ucapkan selamat kepada semua pembaca jika ada. Jika tidak, ini akan menjadi kenangan di masa akan datang. :)


- Posted using BlogPress from my iPhone