Thursday, January 24, 2013

Nasi goreng butter dengan jagung dan sotong.



2 pot beras - dimasak
250gm butter
1 sudu minyak masak
1 cube stok ayam
4 ulas bawang putih (cincang halus)
Sotong (di potong bulat2 dan buang lapisan kulit merah)
I tin kecil sweet corn (buang air garam)
Garam secukup rasa
Lada hitam (jika suka)

1. Beras dimasak dpt biasa. Nisbah beras dan air 1:1.5. Lebih baik jika nasi sudah sejuk atau separa sejuk
2. Masukkan minyak dan butter dalam kuali. Biarkan panas. Minyak mengelakkan butter mudah terbakar.
3. Bilamana butter cair, sila tumiskan bawang putih. Kemudiam masukkan sotong dan cube ayam
4. Masukkan nasi, gaul rata dan akhir sekali masukkan jagung.
5. Masukkan garam n lada hitam jika suka.

Makanan ini kegemaran anak-anak sebab tak pedas, dan mereka suka jagung. :)

Kegemaran saya sebab senang giler. :p