Wednesday, December 31, 2014

Roti telur aka French Toast ala Malaysia

Entri penutup 2014.

Kita ucapkan selamat datang pada 2015 dengan roti telur ya?

Ini bukan roti telur mamak ya? Ini roti yang dicelup telur dan di masak didalam minyak yang sedikit. Adalah sarapan yang diajar oleh mak saya. All time favourite. Resepinya amat mudah. Semudah telur dadar. :)

Bahan-bahan:

Sebuku roti gardenia pendek. Ada yang suka belah melintang atau serong supaya jadi segitiga.
4-5 biji telur
garam secukup rasa
lada hitam - jika mahu
serbuk bawang putih - jika mahu
serbuk cili - jika mahu
apa-apa bahan perasa yang anda gemari, jika ada dalam stok pantri anda

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dan masukkan didalam mangkuk. Masukkan semua bahan perasa
  2. Panaskan kuali, letakk setengah sudu minyak. Jika tidak mahu menggunakan minyak lebih bagus. Saya suka roti telur saya sedikit garing.
  3. Celup kedua-dua belah roti dengan cepat. Jika terlalu lama roti akan menyerap terlalu banyak telur dan jadi lembik.
  4. Terus letak dalam kuali. Masak sehingga kedua-dua bahagian sedikit garing. :) love!

Monday, December 29, 2014

Karipap

Kerana saya berada di Kuantan sekarang ini. Malam-malam tiada aktiviti sangat. Jadi ada masa untuk menaip resepi ini. Hujan sudah dua hari tak berhenti-henti. My heart goes to all the flood victim whereever they are. Doa saya rumah Mak Mertua saya tidak di naiki air. Ameen.


Karipap adalah antara makanan kegemaran saya. Resepi sesuka hati saya adalah seperti dibawah:








Inti Karipap

4 biji kentang yang besar ( lebih besar daripada penumbuk anda) - potong dadu dan rendam dalam air
2 ulas bawang merah ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( ketuk dan dadu kecil)
4 sudu minyak masak
2 sudu serbuk kari
1/2 cawan air
garam secukup rasa


Diatas adalah basic inti. Kalau anda mahu ada rencah dengan daging cincang, ayam atau ikan bilis  atau sardin pun boleh

daging - 150gm daging cincang
ayam - 150 gm ayam cincang atau potong kecil
ikan bilis - segenggang ikan bilis di tumbuk atau blender kasar ( guna blender kering )
sardin - sardin tin besar , buang kuah sardin dan lenyekkan untuk hancurkan ikan
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan serbuk kari. Tumis rata, kemudian masukkan air sedikit.
  3. Untuk perencah daging, ayam dan ikan bilis. Masukkan sekarang.
  4. Kemudian masukkan kentang yang sudah didadu. Gaul rata.
  5. Masukkan air ( untuk perasa sardin, jangan habiskan air. letak separuh sahaja), garam dalam satu sudu teh. SIla rasa kuahnya, ia sepatutnya rasa masin lebih. Kalau tak akan jadi tawar.
  6. Untuk inti sardin, masukkan sekarang. Kalau nak gunakan kuah sardin, sila tuang kuah sardin. Kalau tak nak, guna air.
  7. Air untuk empukkan kentang. Air kalau terlebih akan buat kentang jadi mushy (lembik). 
  8. Tutup kuali supaya kentang cepat empuk dan sesekali, buka dan kacau untuk mengelakkan hangus.
  9. Kalau kentang sudah empuk, kacau sampai adunan kering dan terbit minyak.
  10. Kalau kentang masih belum empuk Tuang air sedikit dan teruskan masak sampai kentang empuk dan terbit minyak.
  11. Alihkan inti dalam loyang supaya cepat sejuk. Saya akan sendal loyang supaya tinggi disatu bahagian dan minyak turun.
Kulit Karipap

750 g tepung
1 1/2 tsp garam 
150 g butter atau mentega ( cairkan ) atau minyak panas
1 1/2 cawan air - atau lebih
  1. Masukkan tepung dan garam didalam mangkuk besar
  2. Butter/Mentega/Minyak panas tuang dalam tepung dan kacau guna garfu supaya rata. Bila agak rata, baru guna tangan untuk uli.
  3. Tuang air sedikit-sedikit hingga adunan tak lagi bertepung dan tak melekit. 
  4. Bulat-bulatkan dan gelek untuk menjadi kulit karipap.
Frequently Asked Question:

  1. Kenapa Karipap saya menggerutu? 

  2. Jawapan: Untuk menggoreng karipap, kita hendaklah menggunakan api yang sederhana. Bersabar untuk mendapatkan karipap kulit licin. Masukkan karipap anda didalam kuali, tunggu 20 saat, kemudian ratakan minyak kebadan karipap. Golek-golekkan karipap supaya ianya kuning keemaskan dengan rata. :)