Friday, January 16, 2015

Ayam Masak Ros ala Faz

Ini adalah resepi daripada perbualan wassap group mak-mak alumni sekolah menengah. Sahabat saya Fazlida belajar daripada mak mertuanya orang Kedah tapi mempunyai susur galur tamil. Kerana itu saya ambil masa untuk menulis resepi ini. Mungkin tak sama dengan standard masak ros orang lain. Tapi ini pun dah rasa macam sedap gila kan?

Lauk ni sedap dimakan dengan nasi beriyani, nasi minyak. Boleh juga di hidangkan bersama nasi putih tapi lebih mantap dengan nasi berperasa.

Di ingatkan, resepi ini menggunakan teknik memanggang. Jadi perlu oven atau  periuk ajaib utk proses memanggang.


Ayam Masak Ros

Bahan-bahan

Satu ekor ayam. Potong 8 bahagian.

Untuk di blend
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1.5 inchi halia
2 biji buah keras
¼ atau ½  cawan kacang gajus (lebih banyak lebih sedap dan lemak)
15 biji lada merah

4 sekawan
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih

5 sudu minyak (butter/sapi untuk rasa lebih sedap)

1 tin besar tomato soup
4 sudu tomato paste
1 cawan tairu
1 cawan santan pekat
1 kiub ayam
garam gula secukup rasa

3 biji lada hijau hiris besar
1 sudu kas-kas (jika ada)

Cara-Cara:

1.  Panaskan minyak didalam kuali.  Kemudian tumiskan denga 4 sekawan. Masukkan bahan-bahan yang sudah di blend. Tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan Tomato sup dan tomato paste. Kacau rata. Masukkan susu cair and santan biarkan mendidih. Kemudian masukkan kuib ayam. Sila rasa dan masukkan garam dan gula secukupnya.

3. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala sehingga kuah pekat. Masukkan ayam. Kacau sekali sekala dan biarkan ayam masak dalam kuah.

4. Sediakan kuali untuk memanggang ayam. Jika Keluarkan ayam, untuk dipanggang. Paggang sehingga garing dan gelap.

5. Angkat ayam dan masukkan semula didalam kuah. Masak sebentar sehingga mendidih.

6. Masukkan kas-kas dan lada hijau. Gaul sebentar dan Ayam Ros anda sudah boleh di hidangkan.


Selamat mencuba.