Ini ada blog makanan cikdaun. Apa yang di masak atau apa yang buat cikdaun mahu memasak. Memasak adalah jiwa. Walaupun setiap kali mengandung, tak dapat memasak sebab alahan teruk. Redha je lah.
Wednesday, October 7, 2015
Masak utk anak dan tempe sambal
If i cook macam tebaboom. Then anak aku tak makan. Serious tak guna.
Anak nak makan masak kicap. Nasi dengan kicap bawang aje. Dalam peti ada sosej. Campak sosej dalam tu. Dan telur mata. Sangat bukan instagram/fb worthy. Ahahahhaa.
Mama, tempe yang orang amik tu. Orang dah goreng dan campur kat sambal tempe yang orang tapau. Jangan risau. Along dah rasa sekali. Dia makan tambah-tambah. Letak kat fb dia. Orang igt dia yang masak. Ada orang minta resepi. Ahahahahha. Along ingat orang yang masak. Rupanya, mama yang masak. Tq mama.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, September 29, 2015
Doa & zikir ketika di dapur.
Wednesday, June 24, 2015
Roti jala dan kuah kari ayam
Roti Jala
2 3/4 cup air
3 cup tepung gandum
2 telur
1/2 tsp garam
2 titis perwarna kuning
Bahan-bahan diatas di blender sebati.
Tuang didalam tube seperti gambar dibawah. Ada juga yang guna botol mineral. Tapi saya sukakan gajet dapur. Murah aje beli di kedai rm2. Ada 3 corong. Tapi yang 5 corong ni memang lebih cantik dan natural macam acuan roti jala tradisional. Jalaannya lebih natural.
Ada video tapi tak dapat nak upload sebab tak ada wifi sekarang ni.
Tapi kat bawah ni adalah hasil jalaan.

Tuesday, June 23, 2015
Anak pokok kari
Anak pokok kari yang nenek bagi 5 minggu lepas dah alih ke tanah. Park dalam polibag dulu. Tengok menjadi ke tidak.
Mula-mula macam tak nak hidup. Layu semacam. Daun-daun gugur. Tetap siram macam biasa. Tapi hati berbunga-bunga bila nampak keluar pucuk baru. Yay!!!!!
Kemudian fikir nak letak mana pula. Letak kat setiap tiang pagar. Supaya tak kacau masa nak sidai kain. Tak tau la buah fikiran ini bagus atau tidak. Tapi what done is done.
Dah selamat. Lepas 5 hari alih ke tanah, tengok pucuk baru mendadak naik. Alhamdulillah. Kita tengok la macam mana ye.

Gas habis
Tengah-tengah nak masak lauk tambahan berbuka puasa, tiba-tiba api dapur padam.
Ayam belum habis goreng. Dah pukul 6.45pm. Anuar pergi ambil Iqbal dan beli lauk berbuka.
Alhamdulillah makan lauk berbuka beli dari pasar ramadhan. Nasi sahaja yang masak di rumah.
Lepas terawikh. Nuar bawa balik gas baru. Tak tau la bertahan sampai bila. Tak pernah dapat agak bila gas nak habis. Failed sangat.
Entry ni untuk personal note. Yang pada hari ini. Gas dapur penuh.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Thursday, June 18, 2015
Ramadhan Kareem
Lamanya tak mengadap blog. Setiap kali pun berjanji tak akan abaikan blog ni. Revive-kan semula blog ni. Tapi sekian kali itulah mungkiri janji.
Sampai lah ke Ramadhan yang ke 1436. Alhamdullillah di panjangkan usia dapat menemui ramadhan yang ke sekian kalinya.
Kali ini sambut ramadhan di rumah sendiri. Lokasi somewhere in Jalan Kebun. Syukur sangat. Iqbal pun sudah masuk 6 tahun. Dia nak belajar-belajar puasa. Jadi 1st ramadhan ni, ajak Iqbal sekali bersahur. Nazim pun sibuk nak join tapi memang ikut-ikut ayam sahaja.
Jadi sempena ramadhan kali ini. Saya ucapkan selamat kepada semua pembaca jika ada. Jika tidak, ini akan menjadi kenangan di masa akan datang. :)
- Posted using BlogPress from my iPhone
Wednesday, May 6, 2015
Donut ala Big Apple
Dalam hati ni nak sangat cuba cari resepi donut ni. Bila ada orang share kat facebook, kalau dibiarkan akan hilang. Tau la facebook macam mana. Jadi walaupun blog dah tak berapa popular, for safe keeping, memang lebih sesuai guna blog. Resepi ni belum test, bila dah test. Kita letak gambar dan result ya?
DONUT gebu ala big apple.
Oleh Norhaliza Arakey
Like imasak.com
Sila share dan tag dan komen " saya suka donut gebu" jika suka makan donut
Oleh Norhaliza Arakey
Like imasak.com
Sila share dan tag dan komen " saya suka donut gebu" jika suka makan donut
Bahan-bahan :
* 500 g tepung roti
* 2 sb marjerin
* 1 sk baking powder
* 1 sk bread improver
* 1 cup air suam
* 1/4 cup gula halus
* 1/5 cawan susu tepung
* 1 pkt yis segera (11gm)
* 3 biji kuning telur
* 1/2 sk garam
Cara-cara
* campurkn air hangat + yis + susu tepung + gula. Biarkan dlm 15 minit. (bahan A)
* kuning telur + garam pukul sikit (bahan
* tepung + marjerin + baking powder + bread improver (bahan C)
* Gaul campuran dlm bhn C hingga jadi seperti serbuk roti kemudian masukkan campuran bahan A,
Gaul bagi rata, lepas tu masukkan bahan B. Uli sampai elastik selama 10 mnit.
* Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min.
* Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut. Biarkn dlm 15 minit.
*Panaskan minyak dgn api kecil dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.
*Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak,sejukkan.
*Salutkan donut dengan gula halus dan boleh dihidangkan.

Friday, January 16, 2015
Ayam Masak Ros ala Faz
Ini adalah resepi daripada perbualan wassap
group mak-mak alumni sekolah menengah. Sahabat saya Fazlida belajar daripada
mak mertuanya orang Kedah tapi mempunyai susur galur tamil. Kerana itu saya
ambil masa untuk menulis resepi ini. Mungkin tak sama dengan standard masak ros
orang lain. Tapi ini pun dah rasa macam sedap gila kan?
Lauk
ni sedap dimakan dengan nasi beriyani, nasi minyak. Boleh juga di hidangkan
bersama nasi putih tapi lebih mantap dengan nasi berperasa.
Di ingatkan, resepi ini menggunakan teknik
memanggang. Jadi perlu oven atau periuk
ajaib utk proses memanggang.
Ayam Masak Ros
Bahan-bahan
Satu ekor ayam. Potong 8 bahagian.
Untuk di blend
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1.5 inchi halia
2 biji buah keras
¼ atau ½
cawan kacang gajus (lebih banyak lebih sedap dan lemak)
15 biji lada merah
4 sekawan
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
5 sudu minyak (butter/sapi untuk rasa lebih
sedap)
1 tin besar tomato soup
4 sudu tomato paste
1 cawan tairu
1 cawan santan pekat
1 kiub ayam
garam gula secukup rasa
3 biji lada hijau hiris besar
1 sudu kas-kas (jika ada)
1. Panaskan
minyak didalam kuali. Kemudian tumiskan
denga 4 sekawan. Masukkan bahan-bahan yang sudah di blend. Tumis hingga naik
minyak.
2. Masukkan Tomato sup dan tomato paste.
Kacau rata. Masukkan susu cair and santan biarkan mendidih. Kemudian masukkan
kuib ayam. Sila rasa dan masukkan garam dan gula secukupnya.
3. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala
sehingga kuah pekat. Masukkan ayam. Kacau sekali sekala dan biarkan ayam masak
dalam kuah.
4. Sediakan kuali untuk memanggang ayam.
Jika Keluarkan ayam, untuk dipanggang. Paggang sehingga garing dan gelap.
5. Angkat ayam dan masukkan semula didalam
kuah. Masak sebentar sehingga mendidih.
6. Masukkan kas-kas dan lada hijau. Gaul
sebentar dan Ayam Ros anda sudah boleh di hidangkan.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)