Sunday, August 27, 2017

Agar-agar longan kering dan cincau

Harini resepi agar-agar bersifat oriental sedikit. Isi rumah ni memang suka dengan air longan dan lohongko. Memang sedap. Jadi kali ni, cuba buat agar-agar longan pula. Lohongko tak ada dalam pantri, jadi cukup lah dengan longan kering sahaja. 

Agar-agar tali 10g
Air 1.3ltr
Gula batu 1/4cup
Gula pasir 1/2 cup
Longan kering 1 genggam
Cincau 1/2 batang


  1. Rendam agar-agar tali sekurang-kurangnya setengah jam. Harini terlupa pula pasal agar-agar tu. Semalaman terendam. 
  2. Masukkan air dalam periuk, panaskan ari kemudian masukkan longan kering dan gula batu.Sehingga longan kembang dan gula batu cair.
  3. Masukkan agar-agar tali. Masa ni rasa bagus bila agar-agar direndam lama, dia cepat cair. Masukkan gula.
  4. Cincang cincau ala-ala dadu. Masukkan dalam loyang agar-agar.
  5. Tuang adunan periuk dalam loyang agar-agar.
  6. Cuba pastikan longan sekata dibawah dan cincau juga sekata. Bila adunan sudah kurang panas, masukkan dalam peti sejuk. 

No comments:

Post a Comment