Monday, November 28, 2011

Roast Chicken

Kadang-kadnag tekak ni terasa nak tukar selera. Kalau selalu sangat makan masakan melayu, dia akan kembali craving ke selera orang putih atau italian. Perasan sungguh kan? Ini adalah makanan yang bila rasa nak berspecial-special over the weekend. Roast Chicken.

Seperti biasa, saya suka nak butterfly the chicken. Al-maklumlah, tak ada panggang golek-golek ala Kenny Rogers tu kan. Untuk masakan yang lebih rata dan crispier skin. Saya akan buat begini.

Resepi adalah ikut apa yang ada. Sebab lumur-lumur sahaja. Yang ini saya pun freestyle aje.

3 ulas bawang putih (grated)
2 inci halia (grated)
1 sudu kecil dried rosemary
garam
lada hitam
3 sudu butter
2 sudu madu

1. Ayam basuh bersih dan butterfly.
2. Lumur garam, halia, lada hitam, rosemary dan bawang putih
3. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam. Tapi kalau nak zasss terus pun tak mengapa. Kalau dapat perap dalam peti sejuk overnight lagi mantop.
4. Selak kulit ayam dam masukkan butter dibawah kulit ayam di bahagian dada dan peha.Urut-urut bagi butter tu rata.
5. Masukkan dalam oven 180 C, selama 45-60 minit. Ikut berat ayam anda.
6. 15 minit sebelum siap, tuangkan madu dan ratakan di kulit ayam anda. Dan masukkan kedala oven semula. Ini utk memberikan efek kulit crispy dan raya yang manis caramel.
7. Rehatkan ayam anda selama 15-30 minit sebelum mula potong dan hidang.

Nota kaki:
1. Boleh terus bakar tanpa peram tapi rasa tu tak serap jadi daging yang tebal akan rasa ayam aje la. Tak serasi rasa perapnya.
2. Boleh terus potong kalau tak sabar. Tapi ini akan mengakibatkan juice dalam daging tu keluar. Jadi kalau potong tu banyak banyak keluar air, membuatkan ayam jadi soggy.

Selamat mencuba. :)



No comments:

Post a Comment