Tuesday, November 1, 2011

Donut

Selepas bersalin anak kedua ni aku rasa tekak aku menjadi peminat benda-bende manis. Terasa macam kembali ke umur 17 tahun dimana aku boleh makan satu bar besar chocolate.
Iqbal pula suka sangat makan donut. Jadi, untuk mengelakkan setiap hari kena beli donut. Aku pun buat la donut. Banyak resepi yang mudah-mudah diluar sana. Tapi aku terpanggil untuk menggunakan resepi dari blog ni http://westernfood.yolasite.com/index/resepi-donut-tradisional. Tapi aku separuhkan resepi ni. Sapa nak makan sekilo donut? :P
Resepi ni aku dah separuhkan. Dapat 16 biji donut saiz besar.
4 cawan tepung gandum
1 peket yis segera
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1 cawan + 3 sudu air (suhu bilik)
1/2 cawan gula halus / gula caster
Cara-cara:
1. Bancuh susu tepung, air, garam dan gula. (Bahan A)
2. Dibekas berlainan, ayak tepung, dan gaul rata dengan yis segera. Pastikan yis dan tepung betul2 rata.
3. Tuang minyak kedalam adunan tepung. Gaulkan rata supaya tidak berketul-ketul. Lagi halus lagi bagus.
4. Masukkan Bahan A kedalam adunan tepung. Adun dengan hujung jari dan kemudian uli.
5. Biarkan adunan tepung 15-20 minit untuk mengembang.
6. Uli dalam 2-3 minit hingga tiada adunan yang melekat di mangkuk adunan.
7. Bahagikan adunan kepada 16 bahagian ataupun ikut suka.
8. Bentukkan menjadi bebola dan lubangkan ditengah. Guna jari atau tutup botol mineral.
9. Letak dalam dulang dan tutup selama 1/2 jam - 1 jam. (Aku buat 1/2 jam aje).
10. Sedia untuk digoreng dengan minyak yang panas tapi api yang perlahan.
11. Gaul dengan gula atau topping/glaze kegemaran.

No comments:

Post a Comment