Karipap adalah antara makanan kegemaran saya. Resepi sesuka hati saya adalah seperti dibawah:
Inti Karipap
4 biji kentang yang besar ( lebih besar daripada penumbuk anda) - potong dadu dan rendam dalam air
2 ulas bawang merah ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( ketuk dan dadu kecil)
4 sudu minyak masak
2 sudu serbuk kari
1/2 cawan air
garam secukup rasa
Diatas adalah basic inti. Kalau anda mahu ada rencah dengan daging cincang, ayam atau ikan bilis atau sardin pun boleh
daging - 150gm daging cincang
ayam - 150 gm ayam cincang atau potong kecil
ikan bilis - segenggang ikan bilis di tumbuk atau blender kasar ( guna blender kering )
sardin - sardin tin besar , buang kuah sardin dan lenyekkan untuk hancurkan ikan
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari. Tumis rata, kemudian masukkan air sedikit.
- Untuk perencah daging, ayam dan ikan bilis. Masukkan sekarang.
- Kemudian masukkan kentang yang sudah didadu. Gaul rata.
- Masukkan air ( untuk perasa sardin, jangan habiskan air. letak separuh sahaja), garam dalam satu sudu teh. SIla rasa kuahnya, ia sepatutnya rasa masin lebih. Kalau tak akan jadi tawar.
- Untuk inti sardin, masukkan sekarang. Kalau nak gunakan kuah sardin, sila tuang kuah sardin. Kalau tak nak, guna air.
- Air untuk empukkan kentang. Air kalau terlebih akan buat kentang jadi mushy (lembik).
- Tutup kuali supaya kentang cepat empuk dan sesekali, buka dan kacau untuk mengelakkan hangus.
- Kalau kentang sudah empuk, kacau sampai adunan kering dan terbit minyak.
- Kalau kentang masih belum empuk Tuang air sedikit dan teruskan masak sampai kentang empuk dan terbit minyak.
- Alihkan inti dalam loyang supaya cepat sejuk. Saya akan sendal loyang supaya tinggi disatu bahagian dan minyak turun.
Kulit Karipap
750 g tepung
1 1/2 tsp garam
150 g butter atau mentega ( cairkan ) atau minyak panas
1 1/2 cawan air - atau lebih
- Masukkan tepung dan garam didalam mangkuk besar
- Butter/Mentega/Minyak panas tuang dalam tepung dan kacau guna garfu supaya rata. Bila agak rata, baru guna tangan untuk uli.
- Tuang air sedikit-sedikit hingga adunan tak lagi bertepung dan tak melekit.
- Bulat-bulatkan dan gelek untuk menjadi kulit karipap.
Frequently Asked Question:
- Kenapa Karipap saya menggerutu?
Jawapan: Untuk menggoreng karipap, kita hendaklah menggunakan api yang sederhana. Bersabar untuk mendapatkan karipap kulit licin. Masukkan karipap anda didalam kuali, tunggu 20 saat, kemudian ratakan minyak kebadan karipap. Golek-golekkan karipap supaya ianya kuning keemaskan dengan rata. :)
No comments:
Post a Comment