Tuesday, June 23, 2015

Gas habis


Tengah-tengah nak masak lauk tambahan berbuka puasa, tiba-tiba api dapur padam.

Ayam belum habis goreng. Dah pukul 6.45pm. Anuar pergi ambil Iqbal dan beli lauk berbuka.

Alhamdulillah makan lauk berbuka beli dari pasar ramadhan. Nasi sahaja yang masak di rumah.

Lepas terawikh. Nuar bawa balik gas baru. Tak tau la bertahan sampai bila. Tak pernah dapat agak bila gas nak habis. Failed sangat.

Entry ni untuk personal note. Yang pada hari ini. Gas dapur penuh.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan Kareem




Lamanya tak mengadap blog. Setiap kali pun berjanji tak akan abaikan blog ni. Revive-kan semula blog ni. Tapi sekian kali itulah mungkiri janji.

Sampai lah ke Ramadhan yang ke 1436. Alhamdullillah di panjangkan usia dapat menemui ramadhan yang ke sekian kalinya.

Kali ini sambut ramadhan di rumah sendiri. Lokasi somewhere in Jalan Kebun. Syukur sangat. Iqbal pun sudah masuk 6 tahun. Dia nak belajar-belajar puasa. Jadi 1st ramadhan ni, ajak Iqbal sekali bersahur. Nazim pun sibuk nak join tapi memang ikut-ikut ayam sahaja.

Jadi sempena ramadhan kali ini. Saya ucapkan selamat kepada semua pembaca jika ada. Jika tidak, ini akan menjadi kenangan di masa akan datang. :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 6, 2015

Donut ala Big Apple

Dalam hati ni nak sangat cuba cari resepi donut ni. Bila ada orang share kat facebook, kalau dibiarkan akan hilang. Tau la facebook macam mana. Jadi walaupun blog dah tak berapa popular, for safe keeping, memang lebih sesuai guna blog. Resepi ni belum test, bila dah test. Kita letak gambar dan result ya?

DONUT gebu ala big apple.
Oleh Norhaliza Arakey
Like imasak.com
Sila share dan tag dan komen " saya suka donut gebu" jika suka makan donut
Bahan-bahan :
* 500 g tepung roti
* 2 sb marjerin
* 1 sk baking powder
* 1 sk bread improver
* 1 cup air suam
* 1/4 cup gula halus
* 1/5 cawan susu tepung
* 1 pkt yis segera (11gm)
* 3 biji kuning telur
* 1/2 sk garam

Cara-cara
* campurkn air hangat + yis + susu tepung + gula. Biarkan dlm 15 minit. (bahan A)
* kuning telur + garam pukul sikit (bahan
* tepung + marjerin + baking powder + bread improver (bahan C)
* Gaul campuran dlm bhn C hingga jadi seperti serbuk roti kemudian masukkan campuran bahan A,
Gaul bagi rata, lepas tu masukkan bahan B. Uli sampai elastik selama 10 mnit.
* Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min.
* Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut. Biarkn dlm 15 minit.
*Panaskan minyak dgn api kecil dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.
*Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak,sejukkan.
*Salutkan donut dengan gula halus dan boleh dihidangkan.

Friday, January 16, 2015

Ayam Masak Ros ala Faz

Ini adalah resepi daripada perbualan wassap group mak-mak alumni sekolah menengah. Sahabat saya Fazlida belajar daripada mak mertuanya orang Kedah tapi mempunyai susur galur tamil. Kerana itu saya ambil masa untuk menulis resepi ini. Mungkin tak sama dengan standard masak ros orang lain. Tapi ini pun dah rasa macam sedap gila kan?

Lauk ni sedap dimakan dengan nasi beriyani, nasi minyak. Boleh juga di hidangkan bersama nasi putih tapi lebih mantap dengan nasi berperasa.

Di ingatkan, resepi ini menggunakan teknik memanggang. Jadi perlu oven atau  periuk ajaib utk proses memanggang.


Ayam Masak Ros

Bahan-bahan

Satu ekor ayam. Potong 8 bahagian.

Untuk di blend
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1.5 inchi halia
2 biji buah keras
¼ atau ½  cawan kacang gajus (lebih banyak lebih sedap dan lemak)
15 biji lada merah

4 sekawan
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih

5 sudu minyak (butter/sapi untuk rasa lebih sedap)

1 tin besar tomato soup
4 sudu tomato paste
1 cawan tairu
1 cawan santan pekat
1 kiub ayam
garam gula secukup rasa

3 biji lada hijau hiris besar
1 sudu kas-kas (jika ada)

Cara-Cara:

1.  Panaskan minyak didalam kuali.  Kemudian tumiskan denga 4 sekawan. Masukkan bahan-bahan yang sudah di blend. Tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan Tomato sup dan tomato paste. Kacau rata. Masukkan susu cair and santan biarkan mendidih. Kemudian masukkan kuib ayam. Sila rasa dan masukkan garam dan gula secukupnya.

3. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala sehingga kuah pekat. Masukkan ayam. Kacau sekali sekala dan biarkan ayam masak dalam kuah.

4. Sediakan kuali untuk memanggang ayam. Jika Keluarkan ayam, untuk dipanggang. Paggang sehingga garing dan gelap.

5. Angkat ayam dan masukkan semula didalam kuah. Masak sebentar sehingga mendidih.

6. Masukkan kas-kas dan lada hijau. Gaul sebentar dan Ayam Ros anda sudah boleh di hidangkan.


Selamat mencuba.



Wednesday, December 31, 2014

Roti telur aka French Toast ala Malaysia

Entri penutup 2014.

Kita ucapkan selamat datang pada 2015 dengan roti telur ya?

Ini bukan roti telur mamak ya? Ini roti yang dicelup telur dan di masak didalam minyak yang sedikit. Adalah sarapan yang diajar oleh mak saya. All time favourite. Resepinya amat mudah. Semudah telur dadar. :)

Bahan-bahan:

Sebuku roti gardenia pendek. Ada yang suka belah melintang atau serong supaya jadi segitiga.
4-5 biji telur
garam secukup rasa
lada hitam - jika mahu
serbuk bawang putih - jika mahu
serbuk cili - jika mahu
apa-apa bahan perasa yang anda gemari, jika ada dalam stok pantri anda

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dan masukkan didalam mangkuk. Masukkan semua bahan perasa
  2. Panaskan kuali, letakk setengah sudu minyak. Jika tidak mahu menggunakan minyak lebih bagus. Saya suka roti telur saya sedikit garing.
  3. Celup kedua-dua belah roti dengan cepat. Jika terlalu lama roti akan menyerap terlalu banyak telur dan jadi lembik.
  4. Terus letak dalam kuali. Masak sehingga kedua-dua bahagian sedikit garing. :) love!

Monday, December 29, 2014

Karipap

Kerana saya berada di Kuantan sekarang ini. Malam-malam tiada aktiviti sangat. Jadi ada masa untuk menaip resepi ini. Hujan sudah dua hari tak berhenti-henti. My heart goes to all the flood victim whereever they are. Doa saya rumah Mak Mertua saya tidak di naiki air. Ameen.


Karipap adalah antara makanan kegemaran saya. Resepi sesuka hati saya adalah seperti dibawah:








Inti Karipap

4 biji kentang yang besar ( lebih besar daripada penumbuk anda) - potong dadu dan rendam dalam air
2 ulas bawang merah ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( ketuk dan dadu kecil)
4 sudu minyak masak
2 sudu serbuk kari
1/2 cawan air
garam secukup rasa


Diatas adalah basic inti. Kalau anda mahu ada rencah dengan daging cincang, ayam atau ikan bilis  atau sardin pun boleh

daging - 150gm daging cincang
ayam - 150 gm ayam cincang atau potong kecil
ikan bilis - segenggang ikan bilis di tumbuk atau blender kasar ( guna blender kering )
sardin - sardin tin besar , buang kuah sardin dan lenyekkan untuk hancurkan ikan
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan serbuk kari. Tumis rata, kemudian masukkan air sedikit.
  3. Untuk perencah daging, ayam dan ikan bilis. Masukkan sekarang.
  4. Kemudian masukkan kentang yang sudah didadu. Gaul rata.
  5. Masukkan air ( untuk perasa sardin, jangan habiskan air. letak separuh sahaja), garam dalam satu sudu teh. SIla rasa kuahnya, ia sepatutnya rasa masin lebih. Kalau tak akan jadi tawar.
  6. Untuk inti sardin, masukkan sekarang. Kalau nak gunakan kuah sardin, sila tuang kuah sardin. Kalau tak nak, guna air.
  7. Air untuk empukkan kentang. Air kalau terlebih akan buat kentang jadi mushy (lembik). 
  8. Tutup kuali supaya kentang cepat empuk dan sesekali, buka dan kacau untuk mengelakkan hangus.
  9. Kalau kentang sudah empuk, kacau sampai adunan kering dan terbit minyak.
  10. Kalau kentang masih belum empuk Tuang air sedikit dan teruskan masak sampai kentang empuk dan terbit minyak.
  11. Alihkan inti dalam loyang supaya cepat sejuk. Saya akan sendal loyang supaya tinggi disatu bahagian dan minyak turun.
Kulit Karipap

750 g tepung
1 1/2 tsp garam 
150 g butter atau mentega ( cairkan ) atau minyak panas
1 1/2 cawan air - atau lebih
  1. Masukkan tepung dan garam didalam mangkuk besar
  2. Butter/Mentega/Minyak panas tuang dalam tepung dan kacau guna garfu supaya rata. Bila agak rata, baru guna tangan untuk uli.
  3. Tuang air sedikit-sedikit hingga adunan tak lagi bertepung dan tak melekit. 
  4. Bulat-bulatkan dan gelek untuk menjadi kulit karipap.
Frequently Asked Question:

  1. Kenapa Karipap saya menggerutu? 

  2. Jawapan: Untuk menggoreng karipap, kita hendaklah menggunakan api yang sederhana. Bersabar untuk mendapatkan karipap kulit licin. Masukkan karipap anda didalam kuali, tunggu 20 saat, kemudian ratakan minyak kebadan karipap. Golek-golekkan karipap supaya ianya kuning keemaskan dengan rata. :)




Saturday, November 15, 2014

Macam mana nak dapatkan resepi basic pasta tomato yang sedap dan terbukti.

Sebagai mak-mak dan isteri zaman sekarang, suami dan anak-anak memang sudah berubah selera kan? Masakan western seperti pasta pun dah jadi makanan ruji dan pilihan.
Bila membeli belah di Tesco and such, rasa kesian bila orang bayar mahal untuk sebotol kuah tomato yang puas makan untuk dua orang sahaja.
Kemudian beria-ia cari resepi di internet, tak tau mana satu nak pilih?
Bila dah pilih, dan cuba, rasanya pula tak sedap? Alahailah, anak dan suami reject tak nak makan.
Berpenat lelah didapur, rasa nak menangis bila jadi yang sedemikian.
Nasihat aku, jangan putus asa. Segala hardwork nak cari dan test resepi tu aku dah buat. Macam-macam resepi dah cuba.
Aku bagi jalan mudah. Kalau nak tau resepi kuah pasta tomato yang basic, sedap dan terbukti. Tinggalkanlah nama dan email dalam form dibawah. Nanti akan aku akan emailkan.

Untuk jadikan usaha aku ni berbaloi. Ajak orang lain untuk cukupkan 40 orang dalam list special ni. Dalam masa seminggu tawaran ni akan ditutup. Jika nak, sila daftar sekarang.