Sunday, July 24, 2011

Sambal Tumis Basic

Cooking Therapy

Projek baru aku ni, mengambil banyak masa aku. Perjalanannya, 2 1/2 jam aku berada atas jalan cuma utk memandu. Aku perlukan stress reliever. Semalam, aku masak sambal tumis kerang. Walaupun badan aku penat. Aku rasa best.

Dah lama aku tak letak resepi. Resepi ni resepi yang aku guna selama ni. Jadi, sesapa yang nak belajar. Gunalah resepi ni. :) Apa-apa pon memasak ni, tak perlu tau semua. Cuma kuasai basic cooking. Yang lenlain tu. Improvise aje.

+++++++++++++++++++++++
Aku byk kene buat technical documentation utk projek nih.. Jadi tak berapa dapat menulis panjang2..  Ko ada tulis ko nak resepi sambal tumis telur kan?  ekcelli.. sambal tumis ada satu standard resepi.. so, ko amik resepi ni.. kalau nak buat apa2 yang bersambal, meaning cili boh.. guna ni..

Sambal tumis (Basic)

bahan blender
1 shallot
3 ulas garlic
15 biji cili kering ( kalau ada cili boh.. dalam 7 sudu)
belacan (kalau ada) besar ibu jari ko
__________
1/2 shallot di mayang ( dihiris) utk diletakkan later
3 sudu air asam jawa (kalau tak ada letak lemon/cuka, tapi asam jawa ttp the best)
2 sudu gula
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis bahan blender. Sampai garing. Garing bermaksud daripada berair2 dia jadi paste pekat. Tingga paste pekat tu dan minyak. Kalau sambal kurang garing. Dia jadi pedas tak tentu pasal. Jadi, better ko sabar sket tunggu sambal tu garing. Worth waiting la bebeh.
2. Masukkan air asam jawa, kalau kurang cair.. letak air dalam 1/2 cup.
3. Letak gula. ko akan perasan, lepas aje ko letak gula. sambal ko jadi merah dan nampak yummy. letak garam and bahan perasa kalau ko suka.
4. Masukkan bawang yang dimayang
5. Masukkan lauk penama sambal. kalau sambal tumis telur, letak telur. sambal ikan bilis.. letak ikan bilis.. kalau sambal udang.. letak udang.

Tips:
Telur:
1. Telur rebus, lepas rebus goreng telur tu dalam minyak yang sket. Cuma nak bagi permukaan dia jadi menggerutu gitu. Golek-golekan aje dalam minyak tu. Tak perlu rata.
2. Telur goreng. Boleh juga letak telur mata kerbau dalam sambal tumis.
3. Poaching telur dalam sambal. Ini aku dapat daripada makcik aku. Lepas sambal siap, Biarkan api, then masukkan pecahkan telur dalam sambal. Tapi ko jangan kacau sambal tu macam nak gila. Just fold it slowly. Biasanya 3 biji telur dalam satu hidangan.

Ikan bilis:
1. Goreng ikan bilis sampai garing. Sambal ikan bilis yang aku suka, sambalnya pekat. Kalau ko terlebih air dalam sambal, jangan risau. Tunggu je sampai airnya kering sket. Ikan bilis letak last sekali. Jadi ikan bilis masih lagi rangup bila dimakan. Aku tak suka ikan bilis yang soggy.
2. Kalau ko kekurangan ikan bilis. Yer la, kalau nak goreng dan masukkan dalam sambal tak nampak elok. Better ikan bilis tu ko blender sekali dengan bahan blender. Jadi sambal ko nampak kosong. Tapi rasa sedap tak hengat. :). Udang kering pon boleh juga.

Seafood (Udang/Kerang/Sotong):
1. Seafood secara tak langsung buat sambal ko cair. Air keluar daripada seafood. Jadi jangan risau la kalau sambal tumis ko cair. Standard.
2. Udang jangan tumis lama sangat. Lagipun dia cepat masak. Kerang pon sama.
3. Sotong paling byk keluarkan air. Jadi, utk mengelakkan berair2 (kalau rajin) ko masukkan sotong dalam kuali, pahtu letak atas dapur. Untuk mengeluarkan air sotong tu. Selepas itu baru masukkan sotong dalam sambal.

Ayam:
1. Ayam lagi sedap buat Masak merah (guna tomato puree). Tapi kalau nak letak ayam pon boleh jugak. Goreng ayam macam biasa. Ko pon tau.

Ok bebeh. Selamat mencuba. :P

No comments:

Post a Comment