Friday, January 16, 2015

Ayam Masak Ros ala Faz

Ini adalah resepi daripada perbualan wassap group mak-mak alumni sekolah menengah. Sahabat saya Fazlida belajar daripada mak mertuanya orang Kedah tapi mempunyai susur galur tamil. Kerana itu saya ambil masa untuk menulis resepi ini. Mungkin tak sama dengan standard masak ros orang lain. Tapi ini pun dah rasa macam sedap gila kan?

Lauk ni sedap dimakan dengan nasi beriyani, nasi minyak. Boleh juga di hidangkan bersama nasi putih tapi lebih mantap dengan nasi berperasa.

Di ingatkan, resepi ini menggunakan teknik memanggang. Jadi perlu oven atau  periuk ajaib utk proses memanggang.


Ayam Masak Ros

Bahan-bahan

Satu ekor ayam. Potong 8 bahagian.

Untuk di blend
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1.5 inchi halia
2 biji buah keras
¼ atau ½  cawan kacang gajus (lebih banyak lebih sedap dan lemak)
15 biji lada merah

4 sekawan
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih

5 sudu minyak (butter/sapi untuk rasa lebih sedap)

1 tin besar tomato soup
4 sudu tomato paste
1 cawan tairu
1 cawan santan pekat
1 kiub ayam
garam gula secukup rasa

3 biji lada hijau hiris besar
1 sudu kas-kas (jika ada)

Cara-Cara:

1.  Panaskan minyak didalam kuali.  Kemudian tumiskan denga 4 sekawan. Masukkan bahan-bahan yang sudah di blend. Tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan Tomato sup dan tomato paste. Kacau rata. Masukkan susu cair and santan biarkan mendidih. Kemudian masukkan kuib ayam. Sila rasa dan masukkan garam dan gula secukupnya.

3. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala sehingga kuah pekat. Masukkan ayam. Kacau sekali sekala dan biarkan ayam masak dalam kuah.

4. Sediakan kuali untuk memanggang ayam. Jika Keluarkan ayam, untuk dipanggang. Paggang sehingga garing dan gelap.

5. Angkat ayam dan masukkan semula didalam kuah. Masak sebentar sehingga mendidih.

6. Masukkan kas-kas dan lada hijau. Gaul sebentar dan Ayam Ros anda sudah boleh di hidangkan.


Selamat mencuba.



Wednesday, December 31, 2014

Roti telur aka French Toast ala Malaysia

Entri penutup 2014.

Kita ucapkan selamat datang pada 2015 dengan roti telur ya?

Ini bukan roti telur mamak ya? Ini roti yang dicelup telur dan di masak didalam minyak yang sedikit. Adalah sarapan yang diajar oleh mak saya. All time favourite. Resepinya amat mudah. Semudah telur dadar. :)

Bahan-bahan:

Sebuku roti gardenia pendek. Ada yang suka belah melintang atau serong supaya jadi segitiga.
4-5 biji telur
garam secukup rasa
lada hitam - jika mahu
serbuk bawang putih - jika mahu
serbuk cili - jika mahu
apa-apa bahan perasa yang anda gemari, jika ada dalam stok pantri anda

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dan masukkan didalam mangkuk. Masukkan semua bahan perasa
  2. Panaskan kuali, letakk setengah sudu minyak. Jika tidak mahu menggunakan minyak lebih bagus. Saya suka roti telur saya sedikit garing.
  3. Celup kedua-dua belah roti dengan cepat. Jika terlalu lama roti akan menyerap terlalu banyak telur dan jadi lembik.
  4. Terus letak dalam kuali. Masak sehingga kedua-dua bahagian sedikit garing. :) love!

Monday, December 29, 2014

Karipap

Kerana saya berada di Kuantan sekarang ini. Malam-malam tiada aktiviti sangat. Jadi ada masa untuk menaip resepi ini. Hujan sudah dua hari tak berhenti-henti. My heart goes to all the flood victim whereever they are. Doa saya rumah Mak Mertua saya tidak di naiki air. Ameen.


Karipap adalah antara makanan kegemaran saya. Resepi sesuka hati saya adalah seperti dibawah:








Inti Karipap

4 biji kentang yang besar ( lebih besar daripada penumbuk anda) - potong dadu dan rendam dalam air
2 ulas bawang merah ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( ketuk dan dadu kecil)
4 sudu minyak masak
2 sudu serbuk kari
1/2 cawan air
garam secukup rasa


Diatas adalah basic inti. Kalau anda mahu ada rencah dengan daging cincang, ayam atau ikan bilis  atau sardin pun boleh

daging - 150gm daging cincang
ayam - 150 gm ayam cincang atau potong kecil
ikan bilis - segenggang ikan bilis di tumbuk atau blender kasar ( guna blender kering )
sardin - sardin tin besar , buang kuah sardin dan lenyekkan untuk hancurkan ikan
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan serbuk kari. Tumis rata, kemudian masukkan air sedikit.
  3. Untuk perencah daging, ayam dan ikan bilis. Masukkan sekarang.
  4. Kemudian masukkan kentang yang sudah didadu. Gaul rata.
  5. Masukkan air ( untuk perasa sardin, jangan habiskan air. letak separuh sahaja), garam dalam satu sudu teh. SIla rasa kuahnya, ia sepatutnya rasa masin lebih. Kalau tak akan jadi tawar.
  6. Untuk inti sardin, masukkan sekarang. Kalau nak gunakan kuah sardin, sila tuang kuah sardin. Kalau tak nak, guna air.
  7. Air untuk empukkan kentang. Air kalau terlebih akan buat kentang jadi mushy (lembik). 
  8. Tutup kuali supaya kentang cepat empuk dan sesekali, buka dan kacau untuk mengelakkan hangus.
  9. Kalau kentang sudah empuk, kacau sampai adunan kering dan terbit minyak.
  10. Kalau kentang masih belum empuk Tuang air sedikit dan teruskan masak sampai kentang empuk dan terbit minyak.
  11. Alihkan inti dalam loyang supaya cepat sejuk. Saya akan sendal loyang supaya tinggi disatu bahagian dan minyak turun.
Kulit Karipap

750 g tepung
1 1/2 tsp garam 
150 g butter atau mentega ( cairkan ) atau minyak panas
1 1/2 cawan air - atau lebih
  1. Masukkan tepung dan garam didalam mangkuk besar
  2. Butter/Mentega/Minyak panas tuang dalam tepung dan kacau guna garfu supaya rata. Bila agak rata, baru guna tangan untuk uli.
  3. Tuang air sedikit-sedikit hingga adunan tak lagi bertepung dan tak melekit. 
  4. Bulat-bulatkan dan gelek untuk menjadi kulit karipap.
Frequently Asked Question:

  1. Kenapa Karipap saya menggerutu? 

  2. Jawapan: Untuk menggoreng karipap, kita hendaklah menggunakan api yang sederhana. Bersabar untuk mendapatkan karipap kulit licin. Masukkan karipap anda didalam kuali, tunggu 20 saat, kemudian ratakan minyak kebadan karipap. Golek-golekkan karipap supaya ianya kuning keemaskan dengan rata. :)




Saturday, November 15, 2014

Macam mana nak dapatkan resepi basic pasta tomato yang sedap dan terbukti.

Sebagai mak-mak dan isteri zaman sekarang, suami dan anak-anak memang sudah berubah selera kan? Masakan western seperti pasta pun dah jadi makanan ruji dan pilihan.
Bila membeli belah di Tesco and such, rasa kesian bila orang bayar mahal untuk sebotol kuah tomato yang puas makan untuk dua orang sahaja.
Kemudian beria-ia cari resepi di internet, tak tau mana satu nak pilih?
Bila dah pilih, dan cuba, rasanya pula tak sedap? Alahailah, anak dan suami reject tak nak makan.
Berpenat lelah didapur, rasa nak menangis bila jadi yang sedemikian.
Nasihat aku, jangan putus asa. Segala hardwork nak cari dan test resepi tu aku dah buat. Macam-macam resepi dah cuba.
Aku bagi jalan mudah. Kalau nak tau resepi kuah pasta tomato yang basic, sedap dan terbukti. Tinggalkanlah nama dan email dalam form dibawah. Nanti akan aku akan emailkan.

Untuk jadikan usaha aku ni berbaloi. Ajak orang lain untuk cukupkan 40 orang dalam list special ni. Dalam masa seminggu tawaran ni akan ditutup. Jika nak, sila daftar sekarang. 


Friday, October 17, 2014

Macam mana nak selamat adunan kek anda bila Oven anda rosak ketika batter dah siap dalam loyang.

Pada hari itu kau rasa nak bake something. Bila kau dah siap-siapkan barang. Timbang semua tepung, gula butter dan segalanya. Kau dah turn on oven pada temperature yang dinyatakan dalam resepi. Kemudian bila semuanya dah di bancuh. Kau masukkan dalam loyang dan sedia untuk dimasukkan dalam oven.

Bila kau buka aje oven. Damn!! Oven tak panas. Penat kau godeh. Nak godeh apa? Kita bukannya expert nak baiki oven. Oven kau tak panas!!!! Maksudnya tak boleh nak teruskan niat membakar kek. 

Kecik aje ko tengok adunan kek dalam loyang tu.  Apa kau nak buat seterusnya? Dalam hati juga tertanya, adakah ini kifarah daripada dosa-dosa silam?

Bila sudah dapat berfikir dengan tenang. Usaha jangan putus. Kita tanya pak google, banyak tips untuk froze cupcake batter. Tapi kau ada cake batter dalam loyang 9". 

Kalau tak ada backup oven, siapa ada 2 oven dalam rumah?? pembuat kek tegar la. Kau social baker. Ada oven pun dah besar rahmat, bukan?

Ianya benar-benar berlaku pada aku. Dah la latenight baker, takkan nak redah oven jiran malam-malam buta. Macam orang tak ada adab pula. 

Jika ia berlaku pada anda, sila baca sampai habis. Supaya lebih bersedia bila situasi diatas berlaku.

------------------

Bila dah rasa macam putus asa, aku teringat pula yang aku ada Magic Pan yang diwar-warkan tu. 

1. Magic Pan - Masukkan loyang anda dalam magic pan, dan tutup. Api sederhana. Kalau tak muat, Masukkan dalam magic pan terus. Bakar atas api kecil. Dan berdoa ianya tak hangit.










2. Dutch Oven - Jika anda ada periuk tebal, this is Le Crueset Type of periuk. Aku ada Korean ceramic pot. Saiz besar, jadi mmg muat kalau loyang 8". Kalau loyang muat nak masuk dalam dutch oven anda ( Ferrr!!! ), masukkan dalam anggap dianya seperti oven anda cuma diatas api. Dan berdoa, ianya menjadi. Ahahahaha














3. Periuk Nasi yang boleh bake cake. Aku rasa sekarang ramai juga yang ada periuk nasi yang ada fungsi bake.

Tapi ingin di ingatkan, bila bake dalam keadaan ni. Kek anda tiada top crust. Tak menarik langsung.

Dalam keadaan

       a. Loyang tak muat dalam alternaltif diatas,
       b. Anda tiada magic Pan atau dutch oven. Cuba juga seperti dibawah.

4. Adunan kek tu di cedok keluar dan masukkan dalam bekas cupcake, dan bekukan. Sila bakar semula bila oven anda ada. 


Selamat, menyelamatkan adunan kek!!! Bukan nak kata apa, bahan kek bukannya murah. Takkan nak membazir pula. Harap anda jumpa jawapan dalam posting ni. 

Owh, my oven!!! :(

Thursday, October 16, 2014

Macam mana nak masak nasi himpit segera menggunakan pressure cooker

Ini adalah diambil daripada http://www.cikpuandaun.com/2011/05/nasi-impit-menggunakan-pressure-cooker.html



Since nak compile segala macam resepi daripada blog ni. :)



-----------------------------------------------------------------------------



Peti
sejuk aku semak sangat. Aku nak kena kosongkan sedikit. Banyak sampah
aje. Aku nampak satu tupperware besar yang aku sangkakan bolognaise base
sauce. Rupa-rupanya kuah kacang.



Macam-mana nak get
rid of this? Tentunya makan la kan? Jadi aku nak rebus nasi impit. Dalam
gobok ada nasi impit mini segera. Masaalahnya aku takde 60 minit atau
90 minit seperti recommended pada paket.



Jeng je jeng!! Tapi aku ada pressure cooker. Ni adalah cara- cara masak nasi impit segera menggunakan pressure cooker.



1. Isi pressure cooker dengan air. Dalam separuh atau pastikan semua nasi impit tenggelam.



2. Masukkan nasi impit.



3. Pasang api.



4.
Tutup tudung pressure cooker. Dan biarkan sehingga wap keluar daripada
corong wap. Ini menunjukkan tekanan dah dicapai. Boleh perlahankan api
pada sederhana.



5. Mulakan timer 15 minit.



6.
Selepas 15 minit, tutup api. Dan lepaskan tekanan. ( cara penggunaan
adalah berbeza. Aku guna tefal clipso pressure cooker 8 liter)



7. Toskan nasi impit dan sejukkan selama 60 minit atau lebih.



Sekian. :)









Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 14, 2014

Tomato Cream Meatballs Spaghetti

Lama sudah tak masak di rumah. Ada withdrawal syndrom pada homecooked meals. hari ini aku pull sket my malas string, so intead of makan di luar, aku masak lah.

Dapur ada limited barang. Tapi teringat meatballs readymade yang si penjual kata digunakan di pizza hut. Sedap!!

Yang perlu di buat adalah sauce untuk pasta. Basically, pasta adalah bende yang mudah untuk di manipulasi. Antara goreng, bakar dan buat kuah untuknya. Dan nampak hebat kot. :)

Bayangkan, masakan yang mudah dan sedap dimakan. Anak-anak memang suka lah. Ok ok. enough of my bebeling on pasta. Resepi adalah seperti dibawah.





Sos Tomato Cream.

2  biji Bawang Merah - dadu
3 ulas  bawang putih  - ketuk and roughly chop

1 tin Whole Tomato
3 biji tomato fresh - di blender

1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan cheddar cheese ( atau sliced kraft - dalam 2 -3)
15 biji meatballs

2 sudu gula
1 sudu teh garam
1 kiub beef stock

sedikit oregano kering
sedikit basil kering


Cara-cara
1. Bawang merah dan bawang putih di tumis sampai naik bau.
2. Masukkan whole tomato dan fresh tomato yang sudah di blender. Bila dah hilang bau mentah tomato, Masukkan whipping cream, cheese dan meatballs.
3. Rasanya masam sedikit, letak gula garam dan beef stock. Tambah hingga secukup rasa. Ianya tak sepatutnya rasa masam sangat. Kena balance garam dan gula.
4. Masukkan Oregano dan Basil kering, kalau ada yang fresh lebih bagus. Tak ada pun tak apa. :)
5. Siap dah hidang dengan pasta kegemaran. Saya suka linguini atau fettucini.